Saturday, January 29, 2011

aku berserah pada MU..

Aku terima segala keputusan dia..
Aku masih sayangkan dia tapi kami sekarang dilanda bermacam-macam masalah..

Kami berada dalam fasa yang kami masing-masing cari gaduh..
Dia buat aku sakit hati dan aku buat dia sakit hati juga..
Kami bincang hari sabtu 29 JAN 2011,dan dia masih tak beri jawapan..
Akhirnya aku bagi cadangan..
Kami tak contact selama seminggu..
Jadi kami masing-masing akan memikirkan perasaan kami..
Hari sabtu 6 FEB 2011,kami akn bertemu kembali dan membincangkan semula hal nie..

Aku sangat sayangkan dia dan kalau boleh aku mahu hubungan nie kekal..

Aku serahkan keputusan pada dia..
Aku terima sahaja keputusan dia..
Aku hanya mahukan yang terbaik untuk kami berdua..

Andai ada jodoh,tak kemana..
Aku berserah..

YA ALLAH,KAU yang mengetahui apa yang terbaik bagiku..
Aku berserah pada MU..

Monday, January 17, 2011

arinie abang aku g PUSASDA

arinie,18hb januari 2011..abang aku g PUSASDA untuk jalani latihan menjadi polis..selama 6 bulan..
Semalam aku pergi tengok tempat latihan polis kat PORT DICKSON..
besar tempatnya..
diorang akan menjalani latihan bersama tentera..

dekat situ ada tertulis 'DI SINI LAHIRNYA PAHLAWAN'..

aku hepi sebab abg aku dapat capai cita-cita dia..

arinie parents aku anta abang aku pergi PUSASDA..aku tak ikut sebab letih sangat..
aku pasti mak aku mesti nanges..yela..abang aku nie tak pernah jauh ngan keluarga n tetibe 6 bulan jauh ngan famili..

n kiteorang boleh jenguk dia lepas 3 bulan..

aku pun rasa rindu pada abang aku..
yela..dia yang selalu cari pasal ngan aku..selalu gaduh..
jadi aku rasa macam ada kehilangan..

moga abang aku berjaya..
aku sentiasa doakan dia..
amin..

abang aku bakal jadi PENEGAK UNDANG-UNDANG..

kisah hidup aku

sepanjang persekolahan aku di SMK KAJANG UTAMA,aku melalui pelbagai pengalaman,,

ada yg pahit n ada yg manis,,
aku bersekolah di situ untuk sambung STPM..

mmg MENCABAR mental n fizikal aku..

banyak yg aku belajar..

kadang2 pengalaman yg pahit yg kita dapat,boleh menjadi pengajaran agar tidak melakukan perkara yg sama..

entah la..manusia nie cenderung melakukan perkara yg sama berulang kali sampai la dia da letih..

aku akn berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yg sama lg..

tapi,di sekolah tu juga aku banyak bekajar tentang ERTI PERSAHABATAN..
ramai rakan2 yg banyak membantu aku di kala aku dlm kesusahan..

THANKS..

guru-guru di situ juga banyak mengajar aku tentang hidup.. aku tahu,seorang guru itu  mesti tak mahu anak didik nya tersasar jauh..

TERIMA KASIH CIKGU..

pengalaman semasa aku sambung belajar tingkatan 6,mmg berharga..
tak sama ngan pengalaman di sekolah semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 5..

TERIMA KASIH pada semua..
anda semua amat berharga dalam hidup saya..

Sunday, January 16, 2011

cerita saya..

Esok abang aku pergi latinah polis kat PUSASDA di port dickson..
aku rasa hepi sebab impian dia nak jadi polis,tercapai akhirnya..
Banyak kali dia cuba,n gagal..
AKhirnya dia dapat gak tawaran..
alhamdulilah..
agak nye bila pulak cita2 aku nak tercapai ??

abang aku bakal jadi penegak undang-undang.. moga dia selamat..

haha..
nanti aku akan rindu kat dia coz dia selalu gadoh ngan aku..

haha..