Friday, August 5, 2011

terima kasih kerana telah menyedarkan siapa aku pada kau...



sumber:google...

dugaan aku masa bulan puasa nie makin banyak...
YA ALLAH...kuatkan iman hambaMU ini...
berikan kesabaran pada aku,YA ALLAH...

logik tak,orang yg kenal kau tak sampai sebulan terus kata kau macam2???
bagi aku tak logik...
ada seorang hamba ALLAH nie,kami kenal melalui FB sahaja...
aku suka berborak2 ngan dia n dia pun suka berborak2 ngan aku...

akhirnye dia mintak num fon aku...
aku bagi la...kami pun contact la ikut fon..,
tak sampai 2 minggu kenal,aku gaduh ngan dia...semuanye pasal "CINTA"...
aku takleh nak terima dia sbb aku masih tak kenal dia n dia tak kenal aku...lagipun,kami kenal tak sampai sebulan kot...senangnye dia jatuh cinta ???
lagipun,aku tak sedia lagi nak masuk ke dalam percintaan yg penuh dugaan dan cabaran...
aku selesa berkawan sahaja...

dia mula tacink2 ngan aku...mula2 aku pujuk la...
pastu,bila da datang malas aku,aku malas la nak pujuk dia...lantak la..
dia kata dia tak nak da contact aku...
dia kata pasnie wat hal masing2...
dan dia kata,

"tak payah sebok2 nak jaga hati orang lain...hati orang,mana awak tau..da kena reject,takkan sy nak terhegeh2..chow !!! "

ok tak mesej dia ??? pui !!!
aku pun ikut je la...lantak la dia..
belum pape lagi,da nak merajuk la...
aku da jadi malas nak layan karenah dia...

keesokkan harinye,pas aku sahur,dia anta mesej,minta maaf pasal kekasaran dia semalam...
aku pun hanya diam je...tak balas mesej dia...
tengahari tu,aku bercadang nak balas mesej dia,aku tanya la,

"sy tak paham la awk nie,kejap nak kawan,kejap taknak kawan..macam budak2..."

dia balas,

"sy taknak awk sedih2 lagi...sy nak kawan ngan awk.."

aku balas,

"nape tetibe awak berubah fikiran ?"

dia balas,

"la...awk taknak kawan ngan sy ke ??? takpela...pas nie sy tak kenal awk n awk tak kenal sy..."

aku hangin la...
dia tak paham mesej aku ke ???
aku cuma tanya sebab,bukannye aku kata aku taknak kawan ngan dia...

aku balas balik,

"awk nie nape ??? pening la ngan awk...ckit2 nak mara..."

dia balas,

"tak..sy tak marah...susah la nak kawan ngan pmpuan yg pentingkan diri dan tak reti nak hargai orang nie..."

aku sakit hati baca mesej dia...aku balas la,

"ok...ikut awk la...tak payah nak contact2 sy lagi...sy kan PMPUAN YG PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TAK RETI NAK HARGAI ORANG...tolong delete num sy ...tak payah nak contact2 da"

dan dia hanya jawab...

"K"

betapa bengang nye hati aku...
sesedap rasa je dia kata aku camtu..
dia kenal aku lama sangat ke sampai boleh kata aku nie pentingkan diri sendiri dan tak reti nak hargai orang...
sakit hati aku...

lantak la...aku terus block dia dari FB aku...haha...

"life is all about mind and matter..i don't mind and you don't matter"

haha...
selamat tinggal,si polan!!!

Thursday, August 4, 2011

kenapa mudah sangat lelaki melafazkan cinta ??



mengapa mudah sangat lelaki melafazkan cinta ???

cinta itu perlukan hati yang ikhlas dan jujur barulah cinta itu boleh mekar dan terus subur dalam hati kita...
bukan aku tak mahu terima cinta kau,tapi aku belum sedia untuk bercinta lagi..
hati ini tak mampu lagi nak mula bercinta..



aku sebenarnya sudah malas nak bercinta kerana cinta banyak bagi masalah dari kebahagiaan...
aku tak sanggup lagi nak peningkan kepala nie...

kita kenal tak sampai sebulan...
kau da mula kata kau sukakan aku..
.kau da mula kata kau cintakan aku...
aku hargai perasaan kau pada aku...

tapi aku tak boleh nak terima kau...hati nie tak sedia...
aku mengaku yg aku da mula sayangkan kau...
tapi rasa cinta tu tak wujud lagi dalam hati ini...

aku tak nak terima kau sebab kasihan atau terpaksa...
aku mahu terima kau dengan hati yang ikhlas...
tapi hati ini tak rasa lagi cinta...
aku mahu berlaku jujur pada kau dan juga pada diriku...

perkara nie da jadi pada aku sebanyak dua tiga kali pada diri aku sejak aku single nie...
aku tak kenal sangat pun lelaki2 tu semua...dorang pun tak berapa kenal aku...aku tak tahu perangai sebenar dorang dan dorang tak kenal lagi siapa aku...
yang aku peliknya,mudah sangat dorang lafazkan cinta pada aku...

bukan aku tak hargai perasaan dorang,tapi aku taknak tersalah pilihan...
aku taknak sakit lagi...
dan sebenarnya sampai sekarang aku tak sedia lagi nak bercinta...
yelah,kan aku baru je kena reject ngan orang yang aku suka...
ini membuatkan aku tak mau pikir lagi pasal CINTA...
wat pening kepala je...

aku rasa daripada aku pening kepala pasal cinta,baik aku pening kepala pasal benda lain...
aku pun da banyak masalah da sekarang nie...
takkan aku nak tambah masalah cinta pula???
sedangkan masalah cinta tu boleh dielakkan...

aku mahu jujur terhadap diri aku dan juga terhadap kau...
sejujur hati aku,aku masih tak boleh nak terima kau...
hati ini tak sedia lagi nak menempuh dugaan bercinta...
aku gembira hidup single macam nie...
kepala aku lebih ringan dan aku kurang masalah nak dipikirkan...

ada ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih baik dan lebih cantik dari aku...
aku yakin,kau akan temui orang yang sememangnya diciptakan untuk kau...

dan untuk aku...biarlah aku begini...
aku mahu hati ini terbuka sendiri menerima cinta tanpa ada paksaan dari sesiapa...
kalau ada jodoh,adalah...
kalau takde jodoh,terima saja lah...

berkawan itu lebih kekal dari bercinta...betul tak ???

maafkan saya,wahai sahabat ku...