mengapa mudah sangat lelaki melafazkan cinta ???
cinta itu perlukan hati yang ikhlas dan jujur barulah cinta itu boleh mekar dan terus subur dalam hati kita...
bukan aku tak mahu terima cinta kau,tapi aku belum sedia untuk bercinta lagi..
hati ini tak mampu lagi nak mula bercinta..
aku sebenarnya sudah malas nak bercinta kerana cinta banyak bagi masalah dari kebahagiaan...
aku tak sanggup lagi nak peningkan kepala nie...
kita kenal tak sampai sebulan...
kau da mula kata kau sukakan aku..
.kau da mula kata kau cintakan aku...
aku hargai perasaan kau pada aku...
tapi aku tak boleh nak terima kau...hati nie tak sedia...
aku mengaku yg aku da mula sayangkan kau...
tapi rasa cinta tu tak wujud lagi dalam hati ini...
aku tak nak terima kau sebab kasihan atau terpaksa...
aku mahu terima kau dengan hati yang ikhlas...
tapi hati ini tak rasa lagi cinta...
aku mahu berlaku jujur pada kau dan juga pada diriku...
perkara nie da jadi pada aku sebanyak dua tiga kali pada diri aku sejak aku single nie...
aku tak kenal sangat pun lelaki2 tu semua...dorang pun tak berapa kenal aku...aku tak tahu perangai sebenar dorang dan dorang tak kenal lagi siapa aku...
yang aku peliknya,mudah sangat dorang lafazkan cinta pada aku...
bukan aku tak hargai perasaan dorang,tapi aku taknak tersalah pilihan...
aku taknak sakit lagi...
dan sebenarnya sampai sekarang aku tak sedia lagi nak bercinta...
yelah,kan aku baru je kena reject ngan orang yang aku suka...
ini membuatkan aku tak mau pikir lagi pasal CINTA...
wat pening kepala je...
aku rasa daripada aku pening kepala pasal cinta,baik aku pening kepala pasal benda lain...
aku pun da banyak masalah da sekarang nie...
takkan aku nak tambah masalah cinta pula???
sedangkan masalah cinta tu boleh dielakkan...
aku mahu jujur terhadap diri aku dan juga terhadap kau...
sejujur hati aku,aku masih tak boleh nak terima kau...
hati ini tak sedia lagi nak menempuh dugaan bercinta...
aku gembira hidup single macam nie...
kepala aku lebih ringan dan aku kurang masalah nak dipikirkan...
ada ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih baik dan lebih cantik dari aku...
aku yakin,kau akan temui orang yang sememangnya diciptakan untuk kau...
dan untuk aku...biarlah aku begini...
aku mahu hati ini terbuka sendiri menerima cinta tanpa ada paksaan dari sesiapa...
kalau ada jodoh,adalah...
kalau takde jodoh,terima saja lah...
berkawan itu lebih kekal dari bercinta...betul tak ???
maafkan saya,wahai sahabat ku...
btl2...cinta dgn syg lain..xsama taw feeling dier.. :)
ReplyDeletefolowed adik.. :)
thanks kak...
ReplyDelete